Tuesday, June 8, 2010

Persaraan Nariman bt Mohd Said








Majlis Makan Malam Persaraan di Renaissance Hotel

Thursday, March 18, 2010

Para Penilai di SK Dato Abdul Hamid ( 1 )




PENILAIAN ANUGERAH JUARA PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010


11 FEB 2010- Terima kasih kepada Para Penilai yang telah hadir mengadili Anugerah JUARA Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan 2010.
Pusat Sumber Sekolah SK Dato' Abdul Hamid ( 1 ) telah dinobat sebagai JUARA peringkat PPD Pasir Mas dan layak bertanding Anugerah JUARA PSS peringkat negeri Kategori Bandar.
Sokongan pihak pentadbir sekolah dan kerjasama yang jitu dikalangan semua guru dan kakitangan sekolah selama 3 tahun telah mendatangkan hasil. Segenap penjuru sekolah berwajah baru. Setiap laluan adalah sumber. Setiap sudut adalah informasi.
Tahniah kepada AJK Pusat Sumber Sekolah. Sama-sama kita warga SKDAH 1 berdoa agar Pusat Sumber Sekolah menjadi JUARA PSS Negeri Kelantan 2010. Insya-Allah.

Monday, March 15, 2010

Sejarah SK Dato' Abdul Hamid 1

Sejarah









Rakaman peristiwa tercatat pertama kalinya pada tahun 1910 apabila gudang kediaman Tok Said Gagah ( Jabatan Bekalan Air sekarang) dijadikan gedung menimba ilmu dengan 7 orang murid sahaja. Pada tahun 1911, Dato' Luar iaitu Encik Ghazali dari Singapura telah menghantar tenaga pengajar baru dari Perak iaitu Encik Abdul Rahman untuk mengajar seramai 30 orang murid, tapaknya ialah di sebuah gudang iaitu Kedai Tok She ( Pengkalan Forest Pohon Celagi ).
Pada 19 September 1918, sekolah tersebut telah diambil oleh Majlis Agama Islam Kelantan dipindahkan ke "KEDAI BURUK" atas arahan Dato' Menteri Besar Kelantan ketika iaitu Tuan Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail. Muridnya bertambah kepada 68 orang.
Pada 1926, Penolong Pegawai Daerah Pasir Mas iaitu Dato' Abdul Hamid bin Husain secara gotong-royong telah mendirikan sekolah berukuran 60 kaki panjang dan 15 kaki lebar, beratapkan nipah dan berdindingkan buluh . Atas usaha gigih Dato' Abdul Hamid, pada tahun 1930 bangunan tersebut telah digantikan dengan bangunan yang lebih besar.




Pada tahun 1933, Yang Mulia Tengku Panglima Raja ( Tengku Ahmad Tengku Ghaffar ), selaku Penolong Ketua Jajahan Pasir Mas, telah menggantikan bangunan yang sedia ada. Ini telah dapt menampung seramai 300 orang murid dan dinamakan Sekolah Melayu Laki-laki Pasir Mas. Pada tahun 1938, pihak kerajaan telah membina bangunan dua tingkat.
Pada tahun 1954, keramaian murid semakin bertambah, sekolah terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Dalam tahun 1955 pula Dato' Kaya Setia ( Encik Nik Husain bin Nik Zainal ) selaku Ketua Jajahan Pasir Mas, telah membina sebuah bangunan bernilai RM12,000.00 dan ketika itu dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pasir Mas.
Pada 1 Januari 1981, sekolah ini telah ditukarkan namanya kepada "Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid sebagai mengenang jasa Allahyarham Dato' Abdul Hamid bin Husain. Guru Besar pada masa itu ialah Tuan Haji Muhammad bin Idris. Beliau telah berusaha untuk membina sebuah bangunan baru tiga tingkat, namun tidak sempat kerana beliau barsara. Usaha ini diteruskan pula oleh Tuan Haji Sulaiman bin Ali dan beliau juga tidak sempat untuk merasai bangunan baru kerana bersara.
Pada tanggal 1 Januari 1987, Tuan Haji Mohd. Yusoff bin Haji Abdullah telah dilantik sebagai Guru Besar baru di bangunan 3 tingkat yang telah siap dibina. Perubahan terus dilakukan iaitu pada tahun 1991, apabila sekolah ini dipecahkan kepada 2 iaitu SKDAH 1 dan SKDAH 2. Pada tahun 2001 satu bangunan 4 tingkat telah dibina bagi menggantikan bangunan kayu dan diduduki pada tahun 2002. Kini SKDAH 1 berdiri megah sebagai salah sebuah sekolah yang dikagumi serta seiring mencapai kejayaan cemerlang sama ada dalam bidang Kurikulum mahupun KoKurikulum. semoga SKDAH 1 sentiasa gagah menongkah arus bagi mengisi arus perdana wawasan pendidikan negara.

Gambar guru dan kakitangan SKDAH1


Gambar guru dan kakitangan semasa sambutan Iedul Fitri 2009.